fresh menu leftfresh menu right
Pelajar Syarat Penilaian & Graduasi

 

Syarat Penilaian dan Graduasi MRSM

 

Maktab Rendah Sains MARA telah memperkenalkan sistem berdasarkan Purata Nilaian Gred (PNG) mulai tahun 1986. Di bawah sistem ini pencapaian pelajar pada akhir semester akan dikelaskan mengikut gred abjad yang diberi mata nilaian seperti berikut :

 

GRED

MATA NILAIAN

A

4.0

B+

3.5

B

3.0

C+

2.5

C

2.0

D

1.0

F

0.0

 

1. Mendapat Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) tidak kurang daripada 2.00.

 

2. Lulus semua kursus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

3. Bagi Menengah Rendah 

a) lulus sekurang-kurangnya 210 dari 240 jam kredit dalam 1 Kursus Teras.

b) lulus semua Kursus Khas iaitu Sains Komputer, Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Amalan Belajar.

c) lulus 6 dari 11 jam kredit Bahasa Arab.

 

4. Bagi Menengah Atas

a) lulus sekurang-kurangnya 85 dari 100 jam kredit dalam 2 Kursus Teras dan 54 dari 72 jam kredit dalam 3Kursus Elektif Wajib dan 8 dari 8 jam kredit dalam 4Kursus Elektif Pilihan.

b) lulus semua Kursus Khas iaitu Sains Komputer, Kursus Senireka, Kemahiran Berfikir, Perkembangan Kerjaya, Program Keusahawanan dan Kursus Kemahiran Amalan Belajar. 

 

5. Pelajar boleh gagal tidak lebih daripada dua kali bagi mana-mana satu subjek dalam 4 semester (Tingkatan 5) dan 6 semester (Tingkatan 3) di MRSM.

 

6. Dalam Kursus Pembangunan Sahsiah, pelajar mesti memenuhi syarat-syarat berikut :

 

Kursus                                                 Jam Kredit                                        Jam Kredit
                                                       Menengah Rendah                             Menengah Atas
Kelab dan Persatuan                                      2                                                       1
Sukan dan Permainan                                     2                                                       6
Badan Beruniform                                          6                                                       4

 

7. Pelajar yang menganggotai aktiviti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai Kelab dan Persatuan :

 

a) Badan Wakil Pelajar

b) Lembaga Disiplin Pelajar

c) Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatnkuasa Kecil Koperasi Maktab

d) Pembimbing Rakan Sebaya

e) Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Pembelajaran

f) Program Usahawan Muda

 

8. Atas alasaan yang diterima oleh Senat Maktab, pelajar yang gagal memenuhi 1 jam kredit dalam Kelab atau Persatuan dan 1 jam kredit dalam Sukan atau Permainan pelajar boleh menggantikannya dengan kajian minat dalam SEM (TYPE III).

 

9. Badan Beruniform tidak boleh digantikan dengan kajian minat. 


 

1Kursus Teras Menengah Rendah - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Sejarah, Geografi, Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

2Kursus Teras Menengah Atas - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

3Kursus Elektif Wajib - Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

4Kursus Elektif Pilihan - Tasawwur Islam, Prinsip Perakaunan dan Pendidikan Seni Visual. 

 

 
SPM 2012 05.11.2012 12:00 -726 Days
PMR 2013 01.10.2013 12:00 -396 Days
tagline.png

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter



Hakcipta 2012 MRSM Pasir Salak. Designed by: compliments best cpanel web hosting Valid XHTML and CSS.